BLOG.SPORT.ARENA
Saturday, 13 February 2016
Tekad Azrif Di Larkin
Pertemuan buku bertemu ruas antara juara piala malaysia 2015, selangor menentang johor darul takzim dalam perebutan trofi pertama liga malaysia pada musim ini, piala subangsih bakal menjadi medan 'membalas jasa' buat pemain pertahanan selangor Mohd Azrif Nasrulhaq.
Pemain berusia 25 tahun itu mencipta kontroversi tersendiri pada pertengahan bulan lalu yang mana Azrif dilaporkan telah meletakkan 'sebelah kakinya' untuk menyertai juara liga super itu untuk saingan liga-m pada musim ini.
Meskipun penghijrahan itu tidak menjadi kenyataan, Azrif tekad untuk memberikan komitmen 100 peratus kepada majikan dalam membantu trofi sulung itu terbang ke bumi selangor sekaligus mengutip tiga mata pertama liga super pada musim ini.
" saya bersyukur apa yang telah pihak pengurusan dan penyokong lakukan kerana menerima saya kembali. Kepercayaan yang telah mereka berikan kepada saya tidak akan dilupakan dan sangat saya hargai.
" justeru, saya akan bermain dengan penuh semangat jika diberi peluang oleh jurulatih untuk diturunkan pada perlawanan itu nanti. " kata aktres ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di stadium mini shah alam semalam.
Dalam pada itu aziz optimis selangor mampu mendapat keputusan yang positif caligus memberi hadiah pertama buat surat yg baharu zainal abidin hassan yang menggantikan mehmet durakovic pada musim ini.
"saya akan buktikan yang jiwa selangor masih menebal di hati ini dan akan memberi sepenuh tumpuan untuk menghadiahkan trofi sulung ini kepada para penyokong dan barisan jurulatih."
Mengulas mengenai provokasi penyokong lawan yang bakal diterima, bekas pemain PKNS itu sedar ia adalah lumrah biasa dalam bola sepak namun mengambil keputusan untuk tidak memusuhi mana-mana pihak.
"Saya tiada masalah jika diejek atau diprovokasi oleh pihak lawan kerana sebagai pemain profesional saya hanyalah di atas padang.
Sebagai rekod kali terakhir gergasi merah menang keatas pasukan bimbingan mario gomez itu ialah pada ms 2013 dalam saingan liga super di stadium shah alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
